Monday, September 12, 2011

hanya untuk dirimu...

Indahnya bersapa dengan jelingan,
 Lalu berbicara melalui renungan,
Kau memberikan ku harapan
yang memberikanku kebahagiaan...

Cinta & rindu seperti KOPI..PAHIT!!!Setia pula adalah GULAnya...Kopi & gula adalah KEPAHITAN YANG MANIS...
Cintaku padamu adalah laut TANPA pantai...Hujan TANPA awan...RINDUKU KEPADAMU ADALAH MABUK tanpa anggur...Makan TANPA kenyang!!

 Bahasa DIAMlah bahasa yang paling SUKAR...Dalam diam ada seribu PENGERTIAN..Dalam diam ada seribu SOALAN...Dalam diam ada seribu JAWAPAN & dalam diamada seribu TAFSIRAN...Dengan diam orang boleh berkata, "AKU CINTA PADAMU "..& dalam diam juga orang boleh berkata, "KITA TIDAK LAGI SEHALUAN "..

lalu diam yang bagaimanakah antara KAU & AKU???

Seorang diri aku menjejakkan kaki ke dalam lembah ini mencari sesuatu yang aku sendiri tak pasti..Ingin sekali kugapai cintamu yang kau hulurkan kepadaku.

Untuk menyatakan CINTA,
Bibir tidak perlu BERKATA,
Bila hati mula BERSUARA...

                                                                                                                                       a & a

Monday, August 29, 2011

iqa dgn kehidupan iqa...

iqa rase dh lme iqa x update blog ni kan??
sorry laa....netbook iqa rosak..
btw iqa sedeeyyhhhh giler ary ni...ntah laa...
esok dh nk raya...iqa rase mcm raya thun ni xde mkne utk iqa...
mmber2 iqa pn xfham ngn prasaan iqa..
cme sorg je mmber iqa yg bleh fham n dgn prasaan iqa..
wlaupn kitorg x prnah jmpe,,xprnah b'gyut dlm hp tp iqa yakin dye BFF aq yg TERBAIK..
dye je yg fham ngn perasaan IQA skunk ni...
thanx a lot jannatul firdaus sbb jd kwn iqa...

Thursday, March 3, 2011

cinta yg sebenar.

Alkisah. Seorang lelaki A datang berjumpa dengan seorang perempuan. Perempuan yang paling 'hot' di kampusnya, kerana memiliki rupa paras yang fotogeniklah katakan, cantik, menawan dan yang paling orang suka dia ni seksi dan berada. Tapi sayang, dia bkn muslim.



Saya malas mau tulis panjang lebar. So, dialog ringkas sajalah(tak juga ringkas nie). Tapi sebelum tu, biar saya bagi tau korang ciri-ciri lelaki A tu. Lelaki A merupakan anak seorang Dato' entahlah Dato' apa. Saya pun tak berapa tau. Yang penting mamat ni kaya, kacak, bergaya. Nak gi kampus pon pakai kereta mewah, dah tu ada drebar pulak. Fuih, sape tengok, melopong je lah.



Alice: Apasal awak datang nak jumpa saya?

Lelaki A: Saya dah jatuh cinta kat awak.

Alice:(memandang lelaki itu dengan sinis) sebab?

Lelaki A: Kerana awak cantik. Sesiapa yang memandang awak sekilas pasti tak puas. Sudikah awak jadi gf saya?

Alice: Tapi..

Lelaki A: Jangan risau Alice. Saya ada segala-galanya. Harta..kebahagiaan..dan apa je awak mintak, saya boleh bagi.

Alice: Maafkan saya, saya ada kuliah. (perempuan itu sengaja membuat dalih)



Seminggu kemudian. Perempuan 'hot' nie di datangi seorang lelaki lagi. Lelaki B. Yang ni, penampilan dia agak islamik'. Pakai baju Melayu siap bersongkok pulak tu. Tapi, hati dia kita tak taukan. Apa-apa pun, kenalah bersangka baik.



Alice: Ha, ada apa erk?

Lelaki B: Assalamualaikum. (ucap lelaki tu lembut)

Alice:(agak terkedu seketika) Waalaikumsalam. Kenapa awak datang nak jumpa saya?

Lelaki B: Saya...saya...

Alice: Kenapa? cakaplah..

Lelaki B: Saya jatuh cinta kat awak..

Alice: sebab?

Lelaki B: Perlukah bersebab?

Alice: Ya. Sebab saya tak pernah kenal awak, tau2 awak dah jatuh cinta..

Lelaki B: Baiklah, saya cintakan awak kerana Allah telah ciptakan perasaan cinta dalam hati saya untuk awak.

Alice: Owh. (Perempuan itu melihat jam tangannya) Maaflah, saya ada study group. Lain kali kita borak lagi.



Maka tertinggallah lelaki B keseorangan tanpa jawapan dari sang gadis itu.



Seminggu yang seterusnya, perempuan itu didatangi oleh seorang lagi lelaki. Lelaki C. Kali ini, lelaki C berpenampilan biasa dan sederhana saja. Wajahnya juga tidaklah sekacak mana namun ada sesuatu pada wajah itu. Entahlah apa. Perempuan itu mengulum senyuman manis untuk lelaki itu kerana dia pasti bahawa lelaki ini pasti akan bercakap benda yang sama.





Alice: Saya tau kenapa awak datang nak jumpa saya..

Lelaki C: (Termangu seketika) Awak dah tau?

Alice: Why not? Awak cintakan saya?

Lelaki C: Ya, saya menyintai awak.

Alice: (tersenyum sinis) Well, kenapa pulak? Sebab Allah telah menghadirkan perasaan cinta kat dalam hati awak untuk saya?

Lelaki C: (hanya mampu tunduk)

Alice: Kenapa diam? atau..awak jatuh cinta di sebabkan rupa saya..atau saya ni seksi..atau..saya ni anak orang berada..

Lelaki C: Demi Allah, semua itu tak betul.(Lelaki C berubah menjadi tegas). Ya, memang benar saya jatuh cinta kat awak tetapi bukan kerana Allah atau kerana kecantikan awak, harta awak.. saya jatuh cinta disebabkan Syaitan Durjana. Syaitan yang mendorong saya untuk mengejar awak. Kemana saja awak jalan, mata saya akan mengekori awak. Tatkala rambut ikal awak terbang ditiup angin, saya rasa perasaan saya kacau.Wajah cantik awak sentiasa datang bermain di jiwa saya pada hal saya tak menginginkannya. Saya rasa rimas dengan perasaan saya. Saya semakin hanyut. Semakin terleka.

Alice: (terkedu) Apa awak nak?

Lelaki C: Saya tak mahukan apa-apa. Mungkin hanya sekelumit simpati. Hanya kalau awak sudi. Maafkan saya, saya mohon untuk berlalu.

Alice: Nanti dulu, siapa nama awak? Macam mana saya nak tolong awak?

Lelaki C: Nama saya, ah, tak layak saya nak beritahunya kat awak. Sesungguhnya nama yang saya pinjam ini sungguh mulia. Saya pasti awak tau apa nak dibuat. Maafkan saya, saya tak sanggup nak berlama-lama di sini.. Syaitan itu sentiasa membisikkan perkara yang jahat ke telinga manu

sia. Salamu'alaikum.



Alice hanya melihat langkah lelaki itu tanpa sepatah kata.



Dua tahun kemudian.



Akif merehatkan dirinya di pelantar rumah sambil menghirup udara segar pagi. Tiba-tiba dia disapa oleh ibunya.



Ibu: Akif, ibu teringin nak tengok Akif berumah tangga. Akif tak de ke pilihan hati Akif sendiri?

Akif: Entahlah ibu. Susah kita nak mencari pasangan yang betul2 berdiri di atas landasan yang teguh.

Ibu: Akif, ibu faham. Memang susah nak cari orang yang seperti itu, kalau ada pun, nisbahnya kecil. Manusia makin hanyut ditelan arus dunia. Semakin moden, semakin lupa tanggungjawab kita sebagai muslim. Tapi Akif, kita juga boleh menjadi pengubah.

Akif: Ibu.. Akif faham. Insya Allah ibu, Akif akan cari seorang perempuan..jika dia tak seperti yang Akif harapkan, Akif yang akan membentuk dia, mengubah dia. Akif akan cuba laksanakan permintaan ibu.

Ibu: (tersenyum) Akif, ibu rasa, ibu sudah berkenan dengan seorang gadis ini. Dia baik dan manis juga orangnya. Pekerjaannya juga mulia. dia bekerja sebagai seorang guru di sekolah menengah agama. Ibu dah berbual-bual dengan ibu bapanya. Baik sungguh mereka itu.

Akif: Siapa dia ibu? siapa nama dia?

Ibu: Nur Alissa Zakiyyah...



Seminggu sebelum hari pertunangan. Waktu itu, Akif berada di rumah Nur Alissa Zakiyyah. Baru kali pertama Akif ke sana. Rumah yang dijejakinya ini sungguh besar dan luas. Halamannya juga menarik bersama landskap yang begitu teratur. Bunga-bungaannya memukau mata. Suasana agak hingar-bingar. Ibu Akif berada di dalam rumah mungkin sedang sibuk membantu mereka yang lain menyiapkan juadah makan tengah hari bersama.



Akif berjalan menuju ke suatu sudut di halaman itu namun langkahnya terhenti apabila terlihat seorang gadis bertudung hijau lembut sambil mengenakan pakaian baju kurung..entahlah baju kurung jenis apa yang penting ianya gubahan moden seiring mengikut zaman. Gadis itu seperti pernah dilihatnya di dalam sekeping gambar. Gambar yang diberi ibunya. Mungkinkah itu bakal tunangnya?



Akif memberanikan diri untuk menyapa gadis itu.



Akif: Assalamu'alaikum.

Alissa: Wa'alaikumsalam. (Alissa tersenyum lantas membelakangi Akif)

Akif: Awakkah Nur Alissa Zakiyyah??

Alissa: Dan awak pula Akif Rahmankan?(soal Alissa tanpa menjawab pertanyaan Akif terlebih dahulu)

Akif: ya. Akif Rahman Bin Razaq. Awak belum jawab soalan saya..

Alissa: Hum.. akhirnya...

Akif: (Akif hairan) Kenapa? Pernahkah kita bertemu atau berkenal?

Alissa: Ya.

Akif: Siapakah awak? (tanya Akif penuh kehairanan)

Alissa: Nama saya Nur Alissa Zakiyyah binti Aziz. Sayalah Alice.

Akif: (terkesima) Subhanallah. Awak dah berubah, saya langsung tak cam awak. Macam mana awak boleh jadi macam ni?

Alissa: Bukankah awak yang meminta sekelumit simpati dari saya?

Akif: Alice...(terharu..)

Alissa: Akif, saya dah jatuh cinta kat awak. Dah lama..

Akif: Sebab?

Alissa: Saya mencintai awak kerana agama yang ada pada awak...



Akif hanya tersenyum.. =)

Tuesday, February 22, 2011

akhirnya!!

menurut kajian ye,, laman soSiaL facebook sekarang ni sudah makin ramai penggunanya..tak kira status.. yang bertunang, berkahwin, ber'couple' ber ape lagi?

n pasal fb ni kot banyak kerja kita tertangguh..hehe..sebab asyik leka nak chatting-chatting, komen-mengomen.. n macam- macam lagi lah.... sampaikan mak panggil pon kita jawab,"kejap..@ nantilah jap"..huhu,,

mak suruh buat itu sekejap je.. tapi kita tak buat sebab lupa sebab leka sebab main facebook sebab...(korang fkirlah sendiri huhu) sampaikan ade stgh2 mak bapak yang terpaksa potong bil wifi kat umah sebab nak mnyedarkan anak mereka agar kembali ke alam nyata..hehe

pastu.. dah tahu keje skolah belambak-lambak pon still ag gatal-gatal tangan nak on9,, chat ngan frend tu..ngan frend ni.. ngadu pasal keje skolah.. tapi layan fb boley plak... hakhak,.. sengal tol.. (pndai la iqa ni..pdahal aq pn 2x5 je..hehe,, hadddoi!!)

gile dasyat ko facebook.. kuat pengaruh betol.. terutamanya yang tukang taip ni.. memang agak gila facebook jugaklah... huhu,,,ntah bile nak sedor diri agak ah.. hadui...see? masalah ke'gila'an facebook semakin berleluasa dalam kalangan remaja... huhu,,, ntah sape pnyer idea la bt facebook ni??

n iqa pon tak tahulah bile penyakit fesbuk nih nak hilang... erm.. x dapat nak dijangka.. ape- ape pon.. kita yang kene pandai kawal diri sendiri.. semuanya bergantung pada kita... bersedia atau tidak..

mmg la facebook ni ad byk kbaikn... n jgn plak kte lupe yg facebook jugak ad keburukan tersndri..hehe,. so, pandai-pandailah kita nak pilih yang mane... ape- ape pon..jangan kta salah guna sudah lah..

tp yg x best nya ad khabar angin (ntah dri mna dtg nye angin ni..) yg mngatakn bhwa facebook bkal d tutup..

sbnrnye smua 2 hny khabar angin semata2...jgn t'lalu prcaya k...
lau korg pn x cye ngn aq korg tgk la sndri...




haaa......amacam??prcya x??huhu..(obses btol iqa ni..hekhek..)

Saturday, February 12, 2011

wanita akal senipis rambutnya...

jangankan lelaki biasa. Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita,
tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah,
masih mencari walau ada segalanya, apa yang tiada di dalam syurga?
namun Adam tetap rindukan Hawa,
dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki,
tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus...
mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus,
luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah SWT,
kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah,
didiklah mereka dengan panduan dariNya,
janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta,
kerana nantinya mereka akan semakin liar,
janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan,
kerana nantinya mereka akan semakin derita,
kenalkan mereka kepada Allah,Zat yang kekal,
disitu punca kekuatan dunia!
akal setipis rambutnya,tebalkan ia dengan ilmu,
hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman,
perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak,
suburkanlah ia kerana dari situlah nanti mereka akan lihat nilaian dan keadilan Tuhan,
bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan,
ia bukan diskriminasi Tuhan, sebaliknya disitulah kasih dan sayang Tuhan,
wanita yang lupa hakikat kejadiannya,
pasti tidak akan terhibur dan tidak akan menghiburkan,
tanpa iman, ilmu dan akhlak, mereka tidak akan lurus,
bahkan akan semakin membengkok,
itulah akibatnya andai wanita tidak kenal Tuhannya,
bila wanita menjadi derhaka, pasti dunia lelaki akan menjadi huru-hara,
lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata,
tapi binalah kepimpinan,
pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi,
pimpinlah diri kepadaNya,
jinakkanlah diri kepada Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu,
janganlah mengharapkan isteri semulia FATIMAH AZ-ZAHRAH,


andai dirimu tidak sehebat SAIDINA ALI KARAMULLAHUWAJHAH.

Wednesday, February 9, 2011

pindah????!!!


pindah??? mak iqa nk iqa msuk scolah teknik...
ntah laa...
iqa syg nk tggl hoki ngn mmber2 iqa...
byk sgt kngn dkat scolah iqa,...
tp smuanya t'srah ats iqa...
lgpn smpat ke nk kjar plajarn kt sana???
hurrmmmmmm..........
dh sblan dh iqa blaja xkn la iqa nk tggl cm2 je...ap2 hal pn...
kptusan kat tgn iqa...
iqa hrap iqa dpt bt kptusn yg t'baek tuk mse dpan iqa...

Saturday, February 5, 2011

kwn???shbt??tman???lwan???ap bezanya??

hye....aq iqa..aq simple jeee...sesapa je bleh kwn ngn aq...aq no hall..

urrmmmm...btw....
bg korg ap beza kwn,,,shbt,,,teman n lwan???
bg aq la kn...
kwn 2 d ibarat kn sperti permata yg bersinar....
smkin di gilap ia akn smkin mnyinar...
shbt plak ibarat chya mtahari yg bleh mnyinari hidup kta yg kelam...
tman.....tman jga  ssua2 yg pnting dlm hdup aq..
aq ibrat kn tman mcm nada2 lgu yg indah..
tnpanya aq akn ksepian mniti hri2 yg mndtg...
lawan plak ssua2 yg x ptut ad dlm hdup kta krn
ia x pnting...

soo.....kwn,,shbt n tman 2 sbnarnya bnda yg sma....
kwn,,shbt n tman sme2 pnting dlm hdup aq...
ia cme bleh dbezakn dgn pnilaian kte t'hdapnya..
lawan cme akn mnimbulkn prasaan dendam dlm dri kte...


jgn la kte mnjd sprti bola sepak...
apbila xdpt kte kjar...
dh dpt kte sepak...

jd la sprti ragbi..
apbila xdpt kte kjar..
dh dpt kte pluk agr phak lwan x mrebut nya....


aq harap p'shbtn yg aq ngn mmber2 aq bina akn kkal...


jgn d cari lawan krn lwan i2 akn mmusnahkn hdup kte...

mase lpang aq....

aduisshhhh..........
aq ni sorg yg huru-hara....
gle2 pn ye jgak..hehe
korg tau ap aq bt mse aq free??

aq lbih ske bce novel n komik..
biase laa..
aq ni plik ckit....hehe
kdang2 aq ske nyanyi ngn adk2 aq..aq ngn adk2 aq same naek...
tiga2 mentel..hehe
kdang2 2 ank sdare aq pn join..
wlaupn dye nyanyi ntah pape...